Friday, September 24, 2010

bukan menipu tp hakikat


*cakap je..xnak pandang muka..tp...

jom intai2..

*****************************************************

Ku tutup pintu rapat-rapat,

Agar tiada ruang untukmu..

Ku kunci dengan teliti,

Agar tidak sekelumit pun datang bertamu..

Ku membisu tanpa mengerti,

Agar kau menjauhi dariku..

Ku ingin lupa setiap kenangan,

Agar aku tidak terbayang-bayang..

Ku bakar setiap memori..

Agar menjadi abu ditiup angin

Wahai Mr ****

Aku ingin jauh...~

Aku ingin lupa kamu..~

Tp...mustahil untuk aku lakukan..


Hakikatnya..

Kau buka pintu hatiku..

Kau beri ku ruang untuk bernafas..

Aku membisu kelu..

Aku mahu dekat dengan dirimu..

Aku cuba melupakan kisah lama,

Aku ingin cipta kenangan indah bersamamu,

ku ukir diatas batu,

agar kekal terpahat disitu..

*itulah kata cintaku padamu..

Mulut kata benci..hati masih cintai..

1 comment: